Komanwel juara ‘Six Nations Cup’

Komanwel juara ‘Six Nations Cup’

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 27 Okt – Pasukan Komanwel muncul juara Sukan ‘Six Nations Cup’ bagi tahun kedua berturut-turut hari ini selepas menewaskan Pasukan Eropah dan Pasukan Amerika dengan lebihan 20 mata dari pasukan terdekat.

Kejohanan sukan tersebut berlangsung di Padang Sukan Riadah Kelab Panaga Seria yang menyaksikan pasukan Komanwel menjuarai sukan Dodgeball, renang dan bola tampar untuk menduduki di tempat pertama memberikan mereka kemenangan keseluruhan dengan 250 mata, manakala Pasukan Amerika berada di tempat kedua, setelah menduduki tempat pertama dalam sukan bola lisut.

Pasukan Eropah pula berada di tempat ketiga, setelah menduduki di tempat kedua dalam sukan Dodgeball dan bola tampar. Pasukan India dan Belanda masing-masing berada di tempat keempat dan kelima, manakala Pasukan Afrika dan Pasukan Timur Tengah berada di tempat terakhir.

Kapten Komanwel Luke Mason berkata kepelbagaian warganegara dalam pasukannya termasuk warga British dan juga warga Brunei, membolehkan mereka untuk cemerlang dalam semua sukan kecuali sukan bola lisut dan badminton.

Cara tahunan ini disertai oleh 350 ahli Kelab Panaga, majoriti daripada mereka bekerja untuk Syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV).

Rob De Bree (kanan) menyerahkan piala Six Nations Cup kepada ahli-ahli pasukan Komanwel. – Gambar ihsan Panaga Club
Rob De Bree (kanan) menyerahkan piala Six Nations Cup kepada ahli-ahli pasukan Komanwel. – Gambar ihsan Panaga Club

“Pasukan bola tampar kami adalah contoh yang baik, menggabungkan empat rakyat Brunei dan dua pemain British, yang menghadapi cabaran sengit untuk mengalahkan Pasukan Eropah pada peringkat akhir.

“Kami memberikan penghargaan atas kemenangan ini kepada anak-anak yang juga menyertai sukan ini, kerana mereka memenangi trofi bagi sukan Dodgeball dan memenangi hampir kesemua kategori dalam sukan renang,” kata Ketua Pasukan Komanwel, Luke Mason.

Penganjur Rob De Bree berkata sukan ‘Six Nations Cup’ ini adalah salah satu acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dalam kalendar Kelab Panaga, membawa bersama-sama pekerja-pekerja ekspatriat dan penduduk tempatan sebagai tanda sokongan masyarakat di antara satu dengan yang lain dan juga bersukan untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama sendiri.

“Sukan ini membawa semua keluarga kelab daripada pelbagai bangsa bersama-sama untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat, serta semangat setia kawan di kalangan ramai,” kata De Bree.