Kombinasi pesawat memaksimumkan keuntungan

Kombinasi pesawat memaksimumkan keuntungan

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) – Kombinasi pesawat seperti A380 dan A350 bagi syarikat penerbangan penuh seperti Malaysia Airlines membolehkan syarikat penerbangan itu memaksimumkan perolehan dan keuntungannya, kata pengeluar pesawat terkemuka Eropah, Airbus.

Naib Presiden Pemasaran Asia, bahagian Hal Ehwal Penggunanya, Joost Van der Heijden berkata, seperti syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, Malaysia Airlines menyediakan perkhidmatan ke pasaran yang luas daripada pasaran domestik hingga ke pasaran serantau dan jarak jauh.

“Spektrum laluan yang luas itu, daripada laluan kecil baharu ke laluan utama hingga ke laluan kuantiti tinggi, memerlukan syarikat penerbangan mempunyai kombinasi saiz pesawat berbeza untuk memaksimumkan pendapatan dan keuntungan mereka dalam pasaran berbeza,” katanya kepada Bernama dalam temu bual semasa Pameran Udara Singapura 2016, di sini, hari Khamis.

ARTIKEL YANG SAMA