Kombo Cinnabon musim cuti sekolah

Kombo Cinnabon musim cuti sekolah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Kedai pastri terkenal Cinnabon hari ini memperkenalkan empat tawaran kombo terbaru bersempena dengan musim cuti persekolahan penggal pertama di negara ini.

Tawaran terbaru ini membolehkan para pelanggan memilih sama ada Kombo A yang mengandungi Minibon dan Mochalatte Chill, Kombo B terdiri daripada Cinnamon Bites dan Mochalatte Chill, Kombo C iaitu Cinnamon Stix dan Mochalatte Chill ataupun Kombo D iaitu Choco Bites dan Mochalatte Chil.

Bagi para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Cinnabon samada di Pusat Membeli-belah Times Square atau Pusat Membeli-belah KB Sentral, bermula sekarang sehingga stok masih ada.

Sementara itu, kedai pastri Auntie Anne’s juga turut menawarkan promosi beli satu percuma satu bagi mana-mana pelanggan yang membuat pembelian Cinnamon Pretezels.

Kombo A yang nampak menyelerakan kini boleh didapati di Cinnabon.
Kombo A yang nampak menyelerakan kini boleh didapati di Cinnabon.

ARTIKEL YANG SAMA