Kombo keluarga di Fish & Co

Kombo keluarga di Fish & Co

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga 2015, restoran Fish & Co kini memperkenalkan kombo keluarga bermula 1 Mei lalu hingga 10 Mei ini.

Di dalam kombo ini terdapat empat jenis hidangan istimewa termasuk lapan ketul kepak ayam Buffalo, spageti makanan laut, nasi bakar bersama makanan laut dan pilihan piza Peri-Peri Chicken atau Black Pepper Chicken.

Di samping itu, set kombo khas buat seisi keluarga yang sesuai dinikmati oleh empat hingga lima orang, ini juga didatangkan dengan satu jag teh lemon ais.

Kombo keluarga ini boleh didapati bermula 11 pagi sehingga 10.30 malam kecuali di sebelah pagi pada hujung minggu di Fish & Co yang terletak di Citis Square, Berakas.

Kombo makanan yang disajikan Fish & Co.
Kombo makanan yang disajikan Fish & Co.

ARTIKEL YANG SAMA