Komen ‘negro’ mendapat cemuhan media sosial

Komen ‘negro’ mendapat cemuhan media sosial

BERLIN, 2 Sept (AFP) – Menteri negara Jerman mencetuskan kemarahan media sosial kelmarin selepas menggelar penyanyi pop Jerman diminati ramai sebagai “Negro hebat” ketika satu debat TV dalam membincangkan krisis penghijrah Eropah.

Laman Twitter dipenuhi hashtag #Neger (Negro) mengungguli topik perbualan hebat di Jerman apabila Menteri Dalam Joachim Hermann menggunakan istilah itu bagi Roberto Blanco, juga asal usul dari Afro-Cuba.

“Roberto Blanco tetap merupakan Negro hebat, yang mana orang Jerman fikir hebat,” Hermann berkata dalam satu rancangan bual bicara Televisyen pada malam Isnin di siaran awam ZDF.

Meneruskan dalam topik “cerita-cerita berjaya” pendatang di Jerman, dia menambah kuasa besar bola sepak Bayern Munich juga mempunyai ramai pemain “berkulit hitam”.

Debat itu memfokuskan pada Blanco, nama yang lazim yang mana kariernya sebagai seorang penyanyi memuncak pada akhir 1960-an dan 70-an hadir ketika Eropah berdepan dengan kemasukan penghijrah terbesar sejak perang dunia II, dengan Jerman menjadi pusat destinasi utama.

Di media sosial, orang ramai menunjukkan kemarahan dan mencemuh komen yang disuarakan oleh menteri itu.

Seorang pengguna Twitter @Herzistvoll menulis: “Negro hanya hebat digunakan apabila dia menghibur orang kulit putih dengan menyanyi, menari dan bola sepak”.

Pengguna @TheGoodOldGamer memberikan komen bahawa Hermann “juga tidak bersangkut paut terhadap #Negroes yang mengerjakan kerja rumah dan bekerja di ladang-ladang”.

Seorang lagi pengguna Twitter menulis bahawa “sama ada Joachim Hermann juga mendapati #Obama hebat kekal tidak jelas”.

Hermann pada pagi Isnin kembali untuk mewajarkan komennya, mengatakan dia telah membalas kepada seorang pemanggil yang pertama sekali menggunakan istilah itu berkata dia “tidak mahukan sebarang Negroes sama sekali”.

Menteri tersebut mengatakan komen ini “tidak dapat diterima sama sekali”, menambah bahawa “Saya selalunya tidak menggunakan perkataan Negro sama sekali”.

Blanco, 78, secara bermurah hati bertindak balas atas kontroversi itu, mengatakan dia tidak berasa tersinggung, tapi mencadangkan menteri itu perlu menggunakan istilah lain.

ARTIKEL YANG SAMA