Komen Pesuruhjaya Tinggi PBB tiada bukti

Komen Pesuruhjaya Tinggi PBB tiada bukti

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) – Pandangan berat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Zeid Ra’ad Al Hussein mengenai hak asasi manusia di Malaysia adalah berdasarkan maklumat sebelah pihak dan tidak dengan bukti.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, dalam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah memberikan respons yang ekstensif kepada pendapat yang diterima oleh Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan secara Arbitrari (WGAD).

“Kerajaan tetap menegaskan bahawa berasaskan fakta yang tidak boleh dipertikaikan dan asas undang-undang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan banduan politik dan telah disabitkan kesalahan selepas perbicaraan adil dan panjang,” kata kenyataan itu hari Sabtu.

Al Hussein dalam pembentangan Laporan Tahunannya di bawah Agenda Item 2: Dialog Interaktif dengan Pesuruhanjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia pada Sesi Biasa ke 31 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 10 Mac mengulas mengenai situasi hak asasi manusia di Malaysia, dengan rujukan kepada penghadan ruang demokrasi di Malaysia dan bekas ketua pembangkang Anwar.

Menyatakan kesal terhadap komen itu, kementerian itu berkata kemajuan dan usaha menyeluruh kerajaan dalam menjamin kenikmatan hak asasi manusia di Malaysia adalah ekoran komiten tegas kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

ARTIKEL YANG SAMA