Komersial tewaskan CP2 7-1

Komersial tewaskan CP2 7-1

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Komersial United menunjukkan aksi garang apabila menang 7-1 ke atas CP2 dalam perlawanan kelima Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan 2015/16 yang diadakan di Kompleks Padang dan Balapan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas, di sini.

Pada perlawanan tersebut sebahagian besarnya dikuasai oleh Komersial United yang melakukan serangan bertubi-tubi ke atas pertahanan CP2.

Salah seorang pemerhati perlawanan berkata bahawa pujian perlu diberikan kepada penjaga gawang CP2 kerana mempamerkan aksi terbaik dengan menyelamatkan banyak percubaan dari bahagian hadapan Pasukan Komersial United.

Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan 2015/16.

Antara aksi dalam perlawanan itu.
Antara aksi dalam perlawanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA