Komet gergasi ancam Bumi

Komet gergasi ancam Bumi

PARIS, 24 Dis (AFP/Agensi) – Pakar astronomi mengingatkan bahawa dunia perlu memantau rapi pergerakan komet-komet gergasi di angkasa kerana Bumi masih berdepan risiko tinggi dilanggar batu tersebut.

Menurut kumpulan penyelidik astronomi, kebanyakan kajian mendapati komet yang berada pada lingkaran asteroid di antara planet Marikh dan planet Musytari berpotensi merempuh Bumi.

Mereka berpendapat bahawa dunia perlu meluaskan lagi senarai objek yang boleh membahayakan Bumi ekoran penemuan beratus-ratus komet gergasi yang dikenali sebagai ‘centaur’ sejak 20 tahun lalu.

Komet yang merupakan ketulan bebola ais dan debu terbabit, kebiasaannya sebesar antara 50 hingga 100 kilometer lebar, adalah tidak stabil dan mempunyai orbit tidak sekata yang bermula lebih jauh dari planet Neptun iaitu planet paling jauh dari matahari.

Laluan komet gergasi terbabit melalui berhampiran planet Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun yang kadangkala medan graviti planet berkenaan menepis sesebuah komet ke arah Bumi sekali dalam setiap 40,000 ke 100,000 tahun.

Bagaimanapun kebiasaannya, semakin hampir dengan matahari, komet tersebut akan mula hancur dengan menghasilkan bentuk ekor di belakangnya yang dikenali ramai ‘menyebabkan impak ke atas bumi tidak dapat dielakkan’.

“Kehancuran komet gergasi sedemikian akan membawa kepada hentaman berkala dalam jangka panjang yang mungkin berlarutan sehingga 100,000 tahun,” jelas pasukan penyelidik itu dalam laporannya kepada Jurnal Astronomy and Geophysics keluaran Persatuan Astronomi Diraja.