Komited kurangkan kesan perubahan iklim

Komited kurangkan kesan perubahan iklim

Gambar oleh Infofoto

 

LIMA, Peru, 21 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan komitmen negara ini ke arah mengurangkan kesan perubahan iklim dan mengalu-alukan penguatkuasaan Perjanjian Paris.

Baginda yakin bahawa dalam mengatasi cabaran-cabaran perubahan iklim, Negara Brunei Darussalam akan terus mengekalkan dasar pemuliharaan hutan negara dan juga komited bagi menurunkan penggunaan tenaga di rantau ini pada 2035 sepertimana jua sasaran APEC.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan perkara ini semasa berkenan mengurniakan titah pada Sesi Retreat Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) Kali Ke-24 yang telah berlangsung di Lima Convention Center, Republik Peru.

Sesi tersebut memberi tumpuan kepada ‘Cabaran-cabaran Perdagangan Bebas dan Pelaburan Dalam Konteks Global Semasa’; ‘Sekuriti Makanan, Adaptasi Perubahan Iklim, dan Akses kepada Bekalan Air’ dan ‘Mengintegrasikan Rantau Asia-Pasifik: Ke Arah Hubungan Serantau Yang Nyata dan Berfungsi’.

Baginda dalam titahnya berharap untuk mencapai Sistem Pemakanan APEC yang mapan menjelang tahun 2020 melalui ‘Piura Declaration on Food Security’.

Baginda Sultan ketika berkenan menyertai ketua-ketua ekonomi APEC yang lain bagi sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Majlis Santap Tengah Hari.
Baginda Sultan ketika berkenan menyertai ketua-ketua ekonomi APEC yang lain bagi sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Majlis Santap Tengah Hari.
Baginda Sultan ketika berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat AELM Kali Ke-24 yang berlangsung di Lima Convention Center, Republik Peru.
Baginda Sultan ketika berkenan berangkat menghadiri Sesi Retreat AELM Kali Ke-24 yang berlangsung di Lima Convention Center, Republik Peru.

Baginda Sultan ketika berkenan berangkat balik selepas menghadiri AELM 2015 di Lima, Peru.
Baginda Sultan ketika berkenan berangkat balik selepas menghadiri AELM 2015 di Lima, Peru.

Doa Selamat keberangkatan balik Baginda Sultan dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Doa Selamat keberangkatan balik Baginda Sultan dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyambut baik ‘APEC Connectivity Blueprint 2015-2025’ dan seterusnya menekankan kepentingan untuk pelan tindakan tersebut dijadikan sebagai pelengkap kepada usaha-usaha serantau yang lain.

Baginda juga menekankan keperluan untuk terus memberi sokongan antara satu sama lain melalui amalan terbaik dan pembinaan kapasiti dari segi jaringan institusi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mengetengahkan tentang nilai pertukaran di antara masyarakat dalam integrasi serantau, khususnya pendidikan sebagai cara untuk menggalakkan idea-idea inovatif dan melengkapkan kemahiran golongan belia.

Baginda mengalu-alukan pelajar APEC untuk mengikuti pengajian di Negara Brunei Darussalam di bawah ‘Global Discovery Programme’.

Terdahulu keberangkatan tiba Baginda di Lima Convention Center dialu-alukan oleh Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski.

Sebelum Sesi Retreat AELM diadakan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghadiri Perbualan Tidak Rasmi tentang Konteks Ekonomi Global yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.

Baginda bersama dengan ketua-ketua ekonomi APEC seterusnya berkenan menghadiri Sesi Retreat AELM. Sesi Retreat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Pedro Pablo Kuczynski.

Pada tengah hari pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyertai ketua-ketua ekonomi APEC yang lain bagi sesi bergambar ramai, sebelum beredar ke Majlis Santap Tengah Hari bersama dengan ketua-ketua ekonomi APEC yang lain.

Sidang Kemuncak APEC ini telah meluluskan ‘2016 Leaders’ Declaration’, ‘Lima Declaration on the Free Trade Area of the Asia Pacific’ (FTAAP) dan ‘APEC Services Competitiveness Roadmap’.

ARTIKEL YANG SAMA