Komited pulihara alam sekitar

Komited pulihara alam sekitar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Sebagai sebahagian inisiatif hijaunya, dan menekankan keperluan untuk berubah ke arah pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pekerjanya, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan kempen kitar semula yang berlangsung di kawasan pusat berkenaan, hari ini.

Dalam kempen tersebut, pelbagai barangan kitar semula dikumpulkan dari setiap jabatan pusat perubatan itu termasuk surat khabar lama, kotak-kotak kadbod yang tidak digunakan lagi, majalah-majalah lama dan sebagainya. Barangan tersebut kemudiannya diambil oleh Daikyo Environment Recycling Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat kitar semula.

Menurut kenyataan JPMC, kakitangannya telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,200 kg bahan kertas kitar semula.

JPMC berjaya mengumpulkan 1,200kg bahan kertas kitar semula.
JPMC berjaya mengumpulkan 1,200kg bahan kertas kitar semula.

Warga JPMC telah menunjukkan komitmen dan kebimbangan dalam pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

Setiap barangan kecil yang dikitar semula bagi setiap individu di pejabat, memberi sedikit perbezaan terhadap alam sekitar.

ARTIKEL YANG SAMA