Komited sediakan pendidikan terbaik

Komited sediakan pendidikan terbaik

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 10 Ogos – Sekolah St James yang merupakan salah sebuah sekolah swasta yang sudah lama bertapak di daerah ini, akan terus memainkan peranannya dalam menyediakan pendidikan yang terbaik selain melaksanakan ke arah penambahbaikan penampilan fizikal sekolah itu.

Pengetua Sekolah St James, Haji Mohd Masa Masdi bin Mohd Sa’idun semasa berucap pada Majlis Hari Terbuka sekolah itu di sini, hari ini, menambah sekolah itu sentiasa mementingkan kualiti dalam memenuhi keperluan perkhidmatan sekolah sebagai salah satu format institusi pendidikan terbaik di negara ini.

“Sekolah ini, sentiasa memberikan peluang terbaik kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat sebelum menghantarkan anak mereka belajar ke sekolah ini, dan melalui interaksi bersama ibu bapa dan penjaga murid, kami berpeluang berkongsi pengalaman dan keupayaan dengan masyarakat sekitar dan juga mendedahkan kepada mereka tentang pelbagai aktiviti di samping pembelajaran di sekolah,” katanya.

Persembahan menarik daripada murid-murid Tadika Sekolah St James semasa sambutan Hari Terbuka sekolah itu.
Persembahan menarik daripada murid-murid Tadika Sekolah St James semasa sambutan Hari Terbuka sekolah itu.
Ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Sekolah St James memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dengan menghadiri sambutan Hari Terbuka itu.
Ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar Sekolah St James memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dengan menghadiri sambutan Hari Terbuka itu.

Sambutan Hari Terbuka yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah St James Awang Humphrey Chin selaku tetamu kehormat.

Ia diserikan lagi dengan berbagai-bagai aktiviti dan persembahan daripada para pelajar termasuk murid-murid Pra-Tadika dan warga sekolah itu.

ARTIKEL YANG SAMA