Komoditi dunia terjejas, cetus kemelesetan

Komoditi dunia terjejas, cetus kemelesetan

PARIS, 6 Sept (AFP) – Kejatuhan dalam harga komoditi didorong oleh kemelesetan dalam pengguna paling rakus di dunia, iaitu China, telah menggegarkan pasaran kewangan dan mencetuskan kemelesetan di negara Rusia, Brazil malah Kanada.

Namun bagi kebanyakan pasaran di dunia, krisis tersebut mungkin merupakan berita baik.

China menyumbang kepada 40-50 peratus daripada kesemua permintaan dunia untuk komoditi, menurut satu kajian semula kemelesetan harga oleh agensi pemeringkatan kredit Standard & Poor’s.

Maka tatkala ekonomi kedua terbesar dunia cuba beralih daripada model pimpinan pelaburan yang mendorong komoditi mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan, ia telah mencetuskan kemerosotan yang teruk dalam harga.

“Tanda-tanda kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi China telah menimbulkan kegemparan dalam semua harga komoditi,” menurut Standard & Poor’s dalam satu laporan.

Menurut laporan Standard & Poor’s bahan mentah paling penting di dunia, minyak mentah, telah berkurangan separuh dalam harga dalam tempoh setahun. – AFP
Menurut laporan Standard & Poor’s bahan mentah paling penting di dunia, minyak mentah, telah berkurangan separuh dalam harga dalam tempoh setahun. – AFP

Bahan mentah paling penting di dunia, minyak mentah, telah berkurangan separuh dalam harga dalam tempoh setahun.

Bijih besi juga merosot. Komoditi lain, daripada arang batu kepada tembaga, kacang soya kepada gula, telah meleset sebanyak 20-40 peratus.

“Kemerosotan dalam harga komoditi nampak dramatik disebabkan ia termasuk minyak,” kata Julian Jessop, ketua ahli ekonomi global dan ketua komoditi di kumpulan penyelidikan Capital Economics.

Sementara banyak bahan mentah telah pun merosot dalam harga sejak 2011 apabila keadaan melambung mulai menjadi perlahan di China, harga minyak telah dirangsang oleh kebimbangan bekalan selepas Kebangkitan Arab menjejas beberapa pengeluar terkenal di dunia,” kata Jessop dalam satu temu bual.

“Sebaik sahaja kebimbangan mengenai ancaman bekalan akibat Kebangkitan Arab hilang dan diganti oleh realiti bekalan berlebihan disebabkan revolusi minyak syal di Amerika Syarikat dan respons OPEC untuk mengekal pengeluaran pada tahap tinggi apabila orang fikir ia mungkin dikurangkan, maka minyak akan gagal,” kata penganalisis.

Mengekalkan tekanan ke atas harga minyak mentah, Iraq berjaya menambah pengeluaran pada tahun ini sebanyak 1.5 juta tong sehari, meskipun pemberontakan oleh pejuang jihad Negara Islam(IS), dan Iran dijangka menambah eksport tatkala sekatan dibatalkan selepas satu perjanjian dicapai mengenai program nuklearnya.

Adalah mungkin jelas untuk mengatakan bahawa pengeluar komoditi mengalami kerugian apabila harga merosot sementara pengguna menang. “Namun kesan yang dialami adalah serta merta dan lebih tertumpu,” kata Jessop.