Kompany anggap siasatan UEFA ‘melucukan’

Kompany anggap siasatan UEFA ‘melucukan’

West Bromwich Albion v Manchester City - Premier LeagueMANCHESTER, 2 Nov (Reuters) – Vincent Kompany (gambar) melancarkan usaha mempertahankan para penyokong dan peminat Manchester City berikutan tindakan siasatan oleh badan induk bola sepak Eropah (UEFA) mengenai kejadian tidak menghormati lagu rasmi Liga Juara-Juara oleh para penyokong kelab itu, lapor media British.

UEFA melancarkan tindakan disiplin ke atas City di bawah peraturan berkaitan “mengganggu lagu rasmi kejohanan” bagi insiden sebelum perlawanan Liga Perdana yang menyaksikan pasukan itu mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Sevilla pada 21 Oktober lepas.

“Tiada yang ‘suci’ mengenai lagu rasmi Liga Juara-Juara,” kata Kompany.

“Ia sungguh melucukan. Kami sudah banyak bermain di Eropah di mana wujudnya isu perkauman – tetapi semuanya berjalan lancar.”

Para peminat City kecewa dengan UEFA berhubung keputusan pertubuhan itu memainkan perlawanan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow di padang tertutup tahun lepas kerana beberapa kesalahan, termasuk kenyataan berbaur perkauman, daripada kalangan peminta kelab Rusia tersebut.

Para penyokong City yang membayar sendiri bagi perjalanan ke Moscow untuk menyaksikan perlawanan itu tidak diberikan pampasan oleh UEFA, sementara sebahagian peminat CSKA dilaporkan sudah menerimanya.

“UEFA boleh lakukan apa yang mereka mahu lakukan, tetapi pada akhirnya jika orang merasakan adalah hak mereka untuk melakukannya, mereka ada hak untuk melakukannya,” kata kapten pasukan City berkenaan.

“Bagaimana boleh mereka menunjukkan kekecewaan dan dengan apa cara mempunyai suara dalam hal tersebut?.

“Hakikatnya kami dikenakan tindakan sebenarnya menarik lebih perhatian ke atas apa yang mereka cuba lakukan. Kami menyokong para peminat,” tambah pemain berusia 29 tahun itu.