Kompany belum putus asa

Kompany belum putus asa

LONDON, 16 Feb – Kapten Manchester City Vincent Kompany mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak berputus asa dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris kerana mereka pernah mengejar dari belakang untuk menjulang trofi berkenaan.

City kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Leicester dengan 12 perlawanan berbaki selepas kekalahan 2-1 di tangan pesaing kejuaraan, Tottenham kelmarin.

Skuad kendalian Manuel Pellegrini tergelincir ke tangga keempat dan perlu memintas Arsenal, Tottenham dan Leicester pada minggu-minggu terakhir liga untuk memastikan impian itu tercapai.

City menjulang trofi liga tertinggi Inggeris itu pada musim 2011-12 dan 2013-14 walaupun ketinggalan lapan dan tujuh mata di belakang pendahulu dengan hanya enam perlawanan berbaki.

Pertahanan Belgium, Kompany menjadi sebahagian daripada skuad yang mencipta dua kejayaan berkenaan dan dia belum terfikir untuk menyerah kalah.

Vincent Kompany belum lagi lagi berputus asa memburu gelaran bersama Manchester City. – Reuters
Vincent Kompany belum lagi lagi berputus asa memburu gelaran bersama Manchester City. – Reuters

“Tidak ada sesiapa dibenarkan untuk menyerah kalah,” kata Kompany. “Ia sedikit mengganggu tetapi jika kami tidak yakin untuk terus berjuang dari kedudukan ini, kami benar-benar tidak tahu sejarah kelab.” – AFP