Kompany: Benam Real kejayaan hebat buat Citizens

Kompany: Benam Real kejayaan hebat buat Citizens

MANCHESTER, 26 April – Kelab Manchester City akan melalui saingan utama Liga Juara-Juara awal pagi esok waktu Malaysia ketika juara 10 kali Eropah dan pasukan bangsawan, Real Madrid berkunjung ke Stadium Etihad bagi saingan pertama separuh akhir.

Ketika Real akan tampil dengan rekod ke-27 dalam separuh akhir kejohanan, City akan muncul buat kali kelapan, lapan tahun selepas kelab itu diambil alih oleh Kumpulan Abu Dhabi.

Kapten pasukan, Vincent Kompany menyertai City pada minggu ini sebelum kelab kaya milik Emiriah Arab Bersatu mula dikumpulkan dan sedar betapa kejayaan mengatasi pasukan bintang Zinedine Zidane akan memberikan sesuatu yang hebat buat mereka.

“Saya sudah melalui proses yang lama bersama pasukan ini, jadi untuk bermain dalam separuh akhir ialah sesuatu yang bagus. Tapi anda pasti mahu ke peringkat seterusnya,” kata pertahanan tengah Belgium itu ketika sidang akhbar semalam.

“Adalah bagus untuk membandingkan anda dengan pasukan seperti Real Madrid dan melihat bagaimana anda boleh pergi selepas bertahun-tahun. “Semua yang datang ke kelab ini adalah baru. Inilah apa yang generasi ini perlu lalui. Kami sedang melakukannya.”

Vincent Kompany dan Sterling menjalani latihan di Manchester, kelmarin. – AFP
Vincent Kompany dan Sterling menjalani latihan di Manchester, kelmarin. – AFP

Lapan belas tahun sehingga hari sebelum Kompany duduk untuk sidang media yang sesak di kompleks latihan City Football Academy, salah seorang daripada pemimpin pasukan sebelumnya, Jamie Pollock, menjaringkan gol sendiri menentang Queens Park Rangers yang menghantar kelab itu ke peringkat ketiga England .

Pada masa sama, Real Madrid telah menjulang Piala Eropah ketujuh mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Juventus di Amsterdam untuk menamatkan penantian 22 tahun bagi menuntut semula trofi yang mereka sentiasa anggap milik sendiri.

Satu voli cantik Zidane yang sukar dilupakan semasa menentang Bayer Leverkusen pada 2002, menjamin Piala Eropah kesembilan dan tandukan Gareth Bale pula menjadi inspirasi kemenangan 4-1 ke atas Atletico Madrid pada 2014 untuk melengkapkan ‘La Decima’.

Tempoh 18 tahun itu telah menyaksikan trajektori City dan Madrid tertumpu dalam satu gaya yang tidak dapat dibayangkan pada 1998. – AFP