Kompany cedera lagi

Kompany cedera lagi

MANCHESTER, 27 Dis – Kapten Manchester City, Vincent Kompany menyifatkan dirinya sebagai ‘kebal’ walaupun mengalami kecederaan baharu selepas hanya beraksi lapan minit, malam tadi.

Pertahanan antarabangsa Belgium berusia 29 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika City meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sunderland.

Kompany yang terlepas lapan perlawanan sebelum ini kerana kecederaan betis bagaimanapun terpaksa dikeluarkan semula pada minit ke-70.

“Hari ini adalah hari yang buruk untuk saya. Badan saya terasa kebal dan ia adalah baik dan belum pernah terjadi, tetapi saya dicabar oleh beberapa kecederaan kecil dan biasa,” kata Kompany dalam mesej yang disiarkan di laman Facebooknya.

“Ia membuatkan saya lebih kecewa berbanding kecederaan serius yang saya sudah lalui sebelum ini, tetapi ia adalah satu cabaran dan saya akan dapat mengatasinya.”

Vincent Kompany terpaksa dikeluarkan selepas hanya bermain lapan minit. – Reuters
Vincent Kompany terpaksa dikeluarkan selepas hanya bermain lapan minit. – Reuters

Kompany dimasukkan pada pada minit ke-62 di Eastlands tetapi kecederaan terbaharunya itu menyebabkan pengurus Manuel Pellegrini pening kepala untuk melakukan pilihan pemain menjelang pertemuan dengan pencabar kejuaraan Leicester, awal pagi Rabu. Namun, pemain Belgium itu tetap berikrar untuk kembali pulih dan cergas bagi membantu City mengharungi saingan musim ini.

“Saya sudah melakukan banyak pengorbanan dan bola sepak adalah segala-galanya bagi saya.

“Saya mahu menjadi pemain pertahanan terbaik di dunia dan saya mahu Manchester City dan Belgium menjadi kelab serta negara yang hebat dalam dunia bola sepak,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA