Kompleks Mabohai adakan aktiviti buka sekolah

Kompleks Mabohai adakan aktiviti buka sekolah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Bagi memberikan semangat kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan selepas bercuti panjang, Kompleks Membeli-Belah Mabohai, kelmarin, telah mengadakan aktiviti hujung minggu bagi keluarga bertema “It’s Back to School Advanture”.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Bengkel Teater Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh pihak pengurusan kompleks berkenaan, yang dibukakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, di mana mereka belajar mengenai kemahiran asas teater dan terminologi menerusi aktiviti yang menyeronokkan.

Di samping itu, Projek Lukisan Dinding Mabohai juga diadakan sebagai projek lukisan dinding masyarakat untuk menggalakkan kanak-kanak datang ke kompleks berkenaan dan melukis potret keluarga mereka dan produk yang telah siap akan digantung di dinding lukisan.

Rozi adalah artis yang juga mengendalikan kelas sesi kedua “Make Your Own Book” dengan mengajarkan seni tradisi pembuatan buku, dengan membolehkan peserta belajar ‘Kettle Binding’ dan ‘Coptic Binding’.

Seni membuat buku secara tradisi antara aktiviti menarik yang diadakan.
Seni membuat buku secara tradisi antara aktiviti menarik yang diadakan.

Pihak pengurusan Mabohai melahirkan perasaan gembira mengendalikan aktiviti kreatif untuk kanak-kanak dan orang dewasa di setiap hujung minggu.

“Bengkel ini dipilih untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang sibuk dengan aktiviti berguna dan kreatif yang membantu menambah keyakinan mereka, sara-diri dan memupuk perkembangan artistik mereka. Kami berharap agar lebih ramai kanak-kanak dan orang dewasa mengikuti sesi kreatif bersama kami,” ujar wakil pengurusan kompleks berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA