Kompleks Mabohai anjur Kempen Derma Darah hari ini

Kompleks Mabohai anjur Kempen Derma Darah hari ini

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Kompleks Membeli-belah Mabohai memaklumkan bahawa dengan kerjasama Pusat Derma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), mereka akan menganjurkan Kempen Menderma Darah kali ke-2 esok (14 Mei) bertempat di pentas acara, tingkat satu, kompleks itu, di sini.

Kempen akan diadakan dalam dua sesi iaitu dari pukul 9 hingga 11 pagi dan pada sebelah petang bermula jam 2 hingga 4.

Kempen tersebut merupakan projek khidmat masyarakat yang berterusan bagi kompleks membeli-belah Mabohai yang dianjurkan bersama Pusat Derma Darah, Hospital RIPAS.

Pengurus Kompleks, Yee-Man Cheng dipetik sebagai berkata, “Kami menggalakkan orang ramai untuk menyertai kempen menderma darah yang imbalannya akan dapat membantu nyawa orang yang memerlukan. Rakan-rakan dan keluarga bo
lehlah datang berkumpulan untuk menggalakkan dan menyokong sesama sendiri”.

Beliau berharap akan lebih ramai lagi orang ramai datang untuk menderma darah dan membantu menyebarkan kesedaran akan kepentingan kempen tersebut, bagi penderma dan penerima darah.

Pada kempen derma darah pertama yang diadakan pada bulan Mac lalu, seramai 34 orang telah mendermakan darah.

ARTIKEL YANG SAMA