Kompleks Mabohai sedia pondok bergambar

Kompleks Mabohai sedia pondok bergambar

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Kompleks Membeli-belah Mabohai turut tidak ketinggalan memeriahkannya dengan menyediakan pondok bergambar sebagai tanda penghargaan dan hadiah kepada para pelanggan mereka.

Menurut kenyataan yang diterima, Pondok Bergambar Tema Hutan itu telah direka bersama pihak pengurusan kompleks berkenaan dengan bantuan rakan-rakan mereka bagi meraikan Tahun Monyet menurut Kalendar Cina.

Selain itu, Dinding Seni juga telah diubah menjadi kerja seni bunga-bungaan mekar buatan tangan yang memenuhi panel dinding sepanjang 40 kaki.

Lebih beratus-ratus bunga telah dihasilkan bagi paparan kesenian ini dengan bunga-bunga mekar itu kelihatan seperti hidup di dalam gambar.

Pihak pengurusan turut mengatakan, orang ramai dijemput datang ke kompleks itu untuk mengambil gambar di pondok-pondok imaginatif yang dihasilkan dengan penuh rasa kasih serta mengambil masa lama untuk disiapkan.

Kompleks Membeli-belah Mabohai menyediakan pondok tempat bergambar untuk para pengunjungnya.
Kompleks Membeli-belah Mabohai menyediakan pondok tempat bergambar untuk para pengunjungnya.

“Ia adalah cara kompleks berkenaan mengucapkan rasa terima kasih kepada para pelanggan dan tetamu yang telah datang ke kompleks ini dan menyokong usaha komuniti. Kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua para penyewa dan pembeli dan berharap kesemuanya akan meraikan tahun yang terbaik.”

Bagi mereka yang ingin menempah Pentas Acara di Kompleks ini untuk mengadakan acara dan aktiviti, bolehlah menghubungi 8653762 dan 7250110, atau menerusi Facebook di http://facebook.com/MabohaiShoppingComplex, Instagram di @MabohaiBrunei dan Twitter di @MabohaiBrunei.

ARTIKEL YANG SAMA