Kompleks nuklear UAE hampir siap

Kompleks nuklear UAE hampir siap

DUBAI, 8 Jan – Kompleks tenaga nuklear pertama Amiriah Arab Bersatu (UAE) sudah 75 peratus siap, kata Korporasi Tenaga Nuklear Amiriah (ENEC) semalam.

Kerajaan yang mengawal ENEC di Abu Dhabi berkata unit tiga dan empat kompleks tenaga nuklear sudah separuh siap, menandakan 75 peratus daripada jumlah kompleks yang sudah siap.

Kesemua empat unit akan memberikan tenaga nuklear yang selamat, boleh dipercayai dan efisien kepada grid UAE, sementara menunggu kajian peraturan dan perlesesan, kata ENEC dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

Kilang tenaga nuklear Barakah, terletak di rantau barat daya UAE Al-Gharbia, dijadual siap pada tahun 2020, yang bermula pembinaan pada 2012. Dengan empat reaktor beroperasi, kilang itu akan membekalkan satu perempat daripada keperluan elektrik UAE.

Negara Teluk Arab, pembekal utama minyak, bercita-cita menjimat sehingga 12 juta tan pengeluaran karbon setiap tahun menerusi kilang nuklear yang akan menjadi pertama di dunia Arab.

CEO ENEC Mohamed Al Hammadi memuji kerja keras kumpulan pembinaan, merujuk kepada pencapaian terbaru untuk unit tiga dan empat.

Beliau berkata sebagai tapak pembinaan nuklear terbesar di dunia, empat unit yang sama sedang dibina serentak. Unit pertama dan dua telah siap pada 2016 dan telah menamatkan ujian keselamatan pertama. – Xinhua