Komputer super terpantas dibuat di China

Komputer super terpantas dibuat di China

BEIJING, 20 Jun (AFP) – China sudah membina komputer super terpantas dunia menggunakan mikrocip buatan tempatan, satu tinjauan mengatakan hari ini, kali pertama negara itu mengambil tempat teratas tanpa menggunakan teknologi AS.

Mesin Sunway TaihuLight adalah dua kali pantas berbanding komputer super pertama sebelum ini yang dibina di China dengan cip dari firma Intel, AS, tinjauan Top500 mengenai komputer super mengatakan di laman webnya, www.top500.org.

China juga mempunyai lebih banyak komputer super rangking tertinggi berbanding AS buat kali pertama semenjak tinjauan itu bermula dengan 167 berbanding 165.

Terletak di pusat komputer super kebangsaan China di bandar timur Wuxi, Sunway TaihuLight digunakan bagi pemodelan iklim dan penyelidikan mikroorganisma sains.

Sunway TaihuLight yang menduduki tempat teratas dalam ranking komputer super dunia.
Sunway TaihuLight yang menduduki tempat teratas dalam ranking komputer super dunia.

Prestasinya menamatkan satu ‘spekulasi bahawa China akan bergantung kepada teknologi Barat untuk bersaing secara efektif dalam eselon atasan komputer super, menurut tinjauan laman web itu.

Komputer super dalam senarai Top500 yang dihasilkan dua kali setahun, dalam ranking berdasarkan kelajuan dalam ujian penanda aras oleh pakar-pakar dari Jerman dan AS.

Daripada kalangan 10 buah komputer terpantas, dua berada di China, empat di AS, menurut rangking itu. Manakala yang lainnya di Jepun, Jerman, Switzerland dan Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA