Komunikasi efektif penting tangani kes jenayah

Komunikasi efektif penting tangani kes jenayah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Komunikasi efektif antara pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang dan pegawai Bantuan Guaman Bersama (MLA) serta Sekretariat Ekstradisi di bawah Jabatan Peguam Negara adalah penting jika Brunei Darussalam hendak menangani kes-kes yang melibatkan jenayah rentas sempadan dengan jayanya.

Oleh itu, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang perlu menetapkan tumpuan berkaitan untuk menyelaras dengan MLA dan Sekretariat Ekstradisi bagi menghasilkan keputusan berjaya bagi kes-kes jenayah dengan penggunaan alat-alat kerjasama antarabangsa.

Ini ditekankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Christopher Ng, Timbalan Peguam Kanan dan Pegawai MLA serta Sekretariat Ekstradisi, Pejabat Peguam Negara, semasa menyampaikan taklimat bertajuk ‘Kerjasama Antarabangsa bagi Penguatkuasaan Undang-undang dan Siasatan Efektif’ dalam Seminar mengenai Kerjasama Antarabangsa bagi Penguatkuasaan Undang-undang dan Siasatan yang efektif menerusi Bantuan Guaman Bersama dan INTERPOL yang berlangsung di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Jalan Tungku, hari ini.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Perhubungan Kanan Unit Hal Ehwal Luar, Pejabat Sekretariat Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Inspektor Kanan Pengiran Haji Yusra bin Pengiran Haji Mohammad, dalam taklimatnya telah menyentuh mengenai pelbagai jenis pangkalan data INTERPOL seperti Dokumen Perjalanan Dicuri dan Hilang (SLTD) yang menerima laporan mengenai lebih daripada 45 juta dokumen perjalanan dicuri atau hilang dari 169 buah negara dan Pangkalan Data Kenderaan Bermotor Dicuri (SMV) dalam mana terdapat kira-kira 6.8 juta kenderaan dilaporkan dicuri di seluruh dunia.

Seminar sehari anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pejabat Peguam Negara berkenaan turut mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis China, Superintenden Jiang Shui.
Seminar sehari anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pejabat Peguam Negara berkenaan turut mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis China, Superintenden Jiang Shui.
Antara tetamu undangan dan pegawai polis yang menghadiri seminar tersebut.
Antara tetamu undangan dan pegawai polis yang menghadiri seminar tersebut.

pg12_160126_c

Seminar sehari anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pejabat Peguam Negara berkenaan turut mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis China, Superintenden Jiang Shui yang kini merupakan orang kedua di INTERPOL sebagai Penolong Pengarah Penyelarasan NCB, sub direktorat NCB, bagi Asia dan Pasifik Selatan.

Turut hadir semasa seminar berkenaan ialah Ketua Pejabat Sekretariat Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Seramai 84 orang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei yang bertanggungjawab dalam siasatan dan perisikan serta timbalan-timbalan pendakwa raya dari Pejabat Peguam Negara menghadiri seminar itu di mana mereka diperkenalkan mengenai pelbagai alat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh INTERPOL.

Ini adalah bagi memastikan para penguat kuasa undang-undang mempunyai maklumat yang diperlukan untuk melakukan tugas mereka dan membantu menghalang penjenayah dan pengganas daripada memasuki negara atau cuba melarikan diri selepas melakukan jenayah atau serangan.

Para pegawai pada taklimat itu juga diingatkan mengenai keperluan untuk menyedari halangan yang berkaitan dengan pelawaan kerjasama antarabangsa dan juga digalakkan bercakap dengan pegawai-pegawai MLA dan Sekretariat Ekstradisi jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara kerjasama antarabangsa dalam melaksanakan ‘dasar pintu terbuka’ Jabatan Peguam Negara yang berkaitan dengan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

ARTIKEL YANG SAMA