Komuniti ASEAN bergerak ke arah integrasi serantau lebih mendalam

Komuniti ASEAN bergerak ke arah integrasi serantau lebih mendalam

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Komuniti ASEAN yang sedang berada di landasan untuk ditubuhkan pada penghujung tahun ini tidak dapat disangkal lagi memberi isyarat kepada kehubungan dan kesatuan dengan 10 anggota negara blok bersama-sama membina kehidupan yang lebih bagi setiap orang dengan memfokuskan kepada keamanan, kemasyarakatan dan kemakmuran.

Ia bakal menyaksikan integrasi dan kerjasama yang lebih mendalam pada peringkat paling tinggi untuk menangani cabaran geopolitik dan geoekonomi yang mungkin akan memberi kesan kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau tersebut.

Oleh kerana menjadi pengerusi dan hos ASEAN tahun ini, Malaysia dengan diketuai Kementerian Luar telah diberi tugas untuk mengetuai proses membentuk Wawasan ASEAN pasca 2015, agar masyarakat ASEAN boleh terus maju dan makmur berdasarkan semangat perpaduan.

Elemen Komuniti ASEAN Pasca 2015 termasuklah mempromosi Asia Tenggara sebagai wilayah yang aman, stabil dan makmur selain masyarakatnya yang saling berhubungan, prihatin dan berkongsi dengan perpaduan dalam kepelbagian.

Seorang pekerja menaikkan bendera Amerika Syarikat di luar venue bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur, Malaysia. – Reuters
Seorang pekerja menaikkan bendera Amerika Syarikat di luar venue bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur, Malaysia. – Reuters

Tiga tonggak utama Komuniti ASEAN – Komuniti Politik Keselamatan ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komunti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) – yang setiap satunya mempunyai rangka tindakan dan bersama inisiatif bagi Integrasi ASEAN) (IAI) Rangka Kerja Strategik dan IAI Rancangan Kerja Fasa 11 (2009-2015), mereka membentuk Hala Tuju bagi Komuniti ASEAN 2009-2015.

Perjalanan untuk membentuk Komuniti ASEAN bermula di Bali, Indonesia pada Oktober 2003 apabila para anggota menerima Deklarasi ASEAN Concord 11 yang juga dikenali sebagai Concord 11 Bali.

Pada ketika inilah ASEAN bertekad untuk menubuhkan AEC menjelang 2015 bagi mencipta pasaran tunggal dan pangkalan pengedaran, wilayah ekonomi yang sangat kompetitif dengan pembangunan ekonomi yang seimbang dan wilayah yang bersepadu dalam ekonomi global.

Ini akan membawa populasi 650 juta wilayah ASEAN lebih hampir dan menjadikan ASEAN sebagai wilayah yang lebih selamat dan aman.