Komuniti Filipina rai Hari Kemerdekaan ke-117

Komuniti Filipina rai Hari Kemerdekaan ke-117

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Wakil-wakil komuniti Filipina di Brunei, hari ini, berhimpun bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-117 negara mereka di upacara menaikkan bendera di perkarangan Kedutaan Filipina di sini.

Hadir di upacara itu ialah Duta Besar Republik Filipina ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo L. Montealgre.

Upacara diserikan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Filipina beramai-ramai di samping nyanyian koir dan bacaan Ikrar. Majlis diakhiri dengan para jemputan yang hadir sarapan pagi bersama Duta Filipina.

TYT Meynardo L. Montealgre semasa Upacara Menaikkan Bendera.
TYT Meynardo L. Montealgre semasa Upacara Menaikkan Bendera.