Komuniti Tibet mengundi

Komuniti Tibet mengundi

DHARAMSALA, India, 20 Mac (Reuters) – Komuniti Tibet yang hidup dalam buangan di seluruh India dan luar negara mula mengundi hari ini untuk memilih pemimpin politik bagi tempoh lima tahun akan datang, dalam usaha untuk membantu mengekalkan perjuangan mereka untuk meraih autonomi lengkap bagi Tibet yang diperintah China.

Beribu-ribu orang sami dan biarawati yang mengenakan pakaian jubah berwarna merah manggis, para pelajar dan lelaki dan wanita berbaris untuk mengundi di luar pondok mengundi di Dharamsala, sebuah bandar di kaki bukit Himalaya India tempat komuniti Tibet hidup dalam buangan dengan Dalai Lama dengan harapan rundingan disambung semula dengan China.

Pemilihan kedua seumpama itu menyusuli keputusan sami berkarisma, iaitu penerima anugerah Nobel berusia 80 tahun itu untuk melepaskan kuasa politik dan meletakkannya dalam sistem demokrasi yang boleh kekal lama darinya.

Warga Tibet dalam buangan dicop ink jarinya sebelum membuang undi pada pilihan raya kerajaan buangan Tibet di Dharamsala, India, 20 Mac. – Reuters
Warga Tibet dalam buangan dicop ink jarinya sebelum membuang undi pada pilihan raya kerajaan buangan Tibet di Dharamsala, India, 20 Mac. – Reuters

China tidak mengiktiraf kerajaan itu yang mewakili hampir 100,000 orang komuniti Tibet yang hidup dalam buangan yang tinggal di kira-kira 30 buah negara termasuklah India, Nepal, Kanada dan AS.

Keputusan pemilihan akan diketahui antara 27-28 April dengan lebih separuh dari 90,377 pengundi yang layak dijangka melaksanakan hak mengundi mereka, menurut suruhanjaya pengundian.

“Sikyong” atau pemimpin dilantik, akan semata-mata bertanggung jawab bagi politik dan keputusan diplomatik, ketika Dala Lamai berundur dari perhatian dan ketidakpastian tentang bagaimana penggantinya akan dipilih.

ARTIKEL YANG SAMA