Konflik Arab jejas Liga Juara-Juara AFC

Konflik Arab jejas Liga Juara-Juara AFC

TEHRAN, 17 Feb – Iran mungkin mengundurkan pasukannya daripada perlawanan kelab terbesar Asia jika mereka dihalang daripada menganjurkan perlawanan menentang kelab-kelab Arab Saudi kerana hubungan yang terjejas antara pesaing serantau itu, kata pegawai juara bola sepak Iran, Sepahan.

Empat kelab Arab Saudi membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bulan lalu mendakwa mereka tidak selamat untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Iran.

AFC mempertimbangkan untuk mengadakan perlawanan di wilayah berkecuali.

“Saya berharap terdapat resolusi, tetapi kami mempertimbangkan untuk menarik diri dari Liga Juara-Juara jika mereka bertegas bagi tempat ketiga (tempat berkecuali),” pengurus pasukan Sepahan, Rassol Khorvash memberitahu Reuters Isnin lalu.

Arab Saudi memutuskan semua hubungan bersama Iran bulan lalu selepas kedutaannya di Tehran diserang selepas Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas ulama Syiah.

AFC bulan lalu berkata jika “hubungan biasa” tidak diteruskan pada 15 Mac, perlawanan antara kedua kelab dua buah negara itu akan diadakan di tempat berkecuali.

“Kami menunggu untuk melihat apa yang diputuskan AFC,” Khorvash memberitahu Reuters. “Kesemua pengurus kelab telah bermesyuarat dan inilah idea yang dibincangkan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA