Konflik Syria cetus krisis penghijrahan

Konflik Syria cetus krisis penghijrahan

GENEVA, 3 Nov (AFP) – Anak damit berstatus tidak bernegara lahir setiap 10 minit, PBB berkata hari ini, dengan memberi amaran bahawa masalah bertambah teruk ketika konflik di Syria telah mencetuskan krisis penghijrah sejagat dan orang pelarian.

Laporan baru agensi orang pelarian PBB menekankan kesan jangka panjang status tidak bernegara bagi kanak-kanak seperti tidak mendapat penjagaan perubatan, pendidikan dan kemudahan mendapat pekerjaan pada masa hadapan.

Masalah itu terutamanya teruk dikalangan penghijrah-penghijrah dan orang pelarian yang terjejas oleh konflik, menurut laporan itu, yang akan dilancarkan oleh ketua UNHCR Antonio Guterres di ibu pejabat PBB di New York esok.

Di Syria, kanak-kanak boleh mendapat kerakyatan hanya melalui ayah mereka, tetapi peperangan saudara selama empat tahun telah memaksa lebih empat juta orang lari meninggalkan negara dan mengakibatkan 25 peratus keluarga orang pelarian tidak berayah.

Beberapa orang kanak-kanak kecil menunggu bersama-sama dengan pendatang dan pelarian lain untuk meneruskan perjalanan mereka semalam. – AFP
Beberapa orang kanak-kanak kecil menunggu bersama-sama dengan pendatang dan pelarian lain untuk meneruskan perjalanan mereka semalam. – AFP

Wanita-wanita yang lari meninggalkan Syria ketika sedang mengandung memberitahu penemu bual-penemu bual PBB bahawa harapan mereka satu hari nanti mereka pulang ke tanah air satu hari nanti bersama keluarga mereka boleh hancur tanpa sijil kelahiran untuk membuktikan bahawa anak-anak mereka adalah warga Syria.

Perang Syria juga memaksa beratus-ratus ribu orang berusaha mendapatkan perlindungan di Eropah, termasuklah wanita yang melahirkan ketika cuba menyeberangi seberang sempadan.

Agensi itu berkata dalam 20 buah negara yang menerima penduduk terbesar yang tidak mempunyai status kenegaraan, ‘sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak tidak bernegara dilahirkan setiap tahun,” atau seorang kira-kira setiap 10 minit.

ARTIKEL YANG SAMA