Kongres Luar Biasa NFABD ke-6 Khamis ini

Kongres Luar Biasa NFABD ke-6 Khamis ini

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kongres Luar Biasa NFABD ke-6, 2016 dijadualkan berlangsung pada Khamis ini bertempat di NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, Berakas.

NFABD dalam siaran akhbar bertarikh 17 November 2015 berkenaan turut mengumumkan secara rasmi bahawa pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden NFABD untuk Penggal 2015-2019 akan turut dijalankan semasa Kongres Luar Biasa berkenaan.

Merujuk kepada Artikel 32, Perlembagaan NFABD, pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden perlu dicadangkan sekurang-kurangnya oleh seorang ahli dan nama calon yang dicadangkan hendaklah dihadapkan kepada Setiausaha Agung dan/atau Sekretariat NFABD tidak lewat dari 18 Disember 2015 ke alamat berikut:

Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, Berakas, Negara Brunei Darussalam, Tel: +673 2380047, Fax: +673 2380057 atau e-mel secretariat@nfabd.org.

ARTIKEL YANG SAMA