Kongres NFABD terima padang ‘TURF’

Kongres NFABD terima padang ‘TURF’

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Ruang dalam NFABD House sudah berubah wajah, bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres NFABD Kali Kedua yang dijadualkan berlangsung esok, 17 Oktober 2015.

Kongres akan menyaksikan pelantikan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NFABD yang baru kerana salah satu agenda utama kongres berkenaan ialah mengadakan pengundian bagi memilih ExCo baru NFABD bagi Penggal 2015-2019. Menurut Perkara 32 dalam ‘Statute’ NFABD, pencalonan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan ahli Exco perlu sekurang-kurangnya dicadangkan oleh seorang ahli.

Sementara itu, menurut Perkara 29 (Pindaan kepada ‘Statute’ NFABD), para ahli adalah digalakkan untuk mengetengahkan apa jua cadangan yang dipercayai penting ke arah pembangunan bola sepak di dalam negara dan juga antarabangsa.

Selesai sahaja kongres, NFABD akan mencatat sejarah penting dalam usaha berterusannya membangun bola sepak di negara ini apabila secara rasminya akan memiliki Padang Bola Sepak ‘Turf’ tersendiri yang terletak hanya beberapa meter dari belakang NFABD House apabila turut dijadualkan akan diserahkan secara rasmi kepada NFABD esok.

Padang Bola Sepak ‘Turf’ NFABD dilihat dari NFABD House. Ia akan rasmi menjadi milik NFABD pada Sabtu.
Padang Bola Sepak ‘Turf’ NFABD dilihat dari NFABD House. Ia akan rasmi menjadi milik NFABD pada Sabtu.

ARTIKEL YANG SAMA