Kongres, Rumah Putih capai perjanjian belanjawan

Kongres, Rumah Putih capai perjanjian belanjawan

WASHINGTON, 27 Okt (AFP) – Majoriti Republikan dalam Kongres dan Rumah Putih mencapai persetujuan semalam mengenai satu belanjawan di mana, jika dilaksanakan, akan menghapuskan risiko kegagalan membayar sepanjang tempoh Barack Obama menjadi presiden.

Republikan di Rumah Perwakilan melancarkan sejurus sebelum tengah malam satu rang undang-undang yang dibincang secara tidak menonjol selama beberapa minggu di antara pemimpin Republikan dan Senat, John Boehner dan Mitch McConnell, pemimpin Demokratik dan Rumah Putih.

Perjanjian itu, yang akan menambah perbelanjaan dalam tempoh dua tahun akan datang dan menambah had pinjaman persekutuan – kini mesti diluluskan oleh Dewan dan Senat pada hari-hari akan datang. Teks itu menetapkan belanjawan untuk tahun fiskal 2016 dan 2017.

Kongres mesti menambah had pinjaman persekutuan pada 3 November – atau menghadapi risiko Washington berakhir dalam keadaan gagal membayar.

Melainkan terdapatnya perkembangan dramatik, isu paling memecahbelahkan di ibu negara akan diselesaikan sebelum Speaker Dewan, John Boehner dijangka menyerah tukul kayunya kepada Paul Ryan hujung minggu ini.

Ia juga membebaskan Obama daripada isu belanjawan, tatkala beliau berusaha memperkukuh peninggalan untuk penggal keduanya. Menambah had hutang telahpun menjadi kancah politik dalam beberapa tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA