Kongsi hasil penyelidikan

Kongsi hasil penyelidikan

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) buat pertama kalinya telah mengadakan sesi ceramah penBORNEO bertajuk ‘Kisah-kisah dalam Kenangan’ yang merupakan projek Sejarah Lisan Brunei Lisan, di Pusat Pengkajian Borneo, Bangunan Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas, hari ini.

Ceramah disampaikan oleh Pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Maslin bin Haji Jukim selaku ketua penyelidik projek berkenaan.

Sesi ceramah berkenaan merupakan salah satu usaha pihak Pusat Sejarah Brunei untuk memberigakan kepentingan sejarah di samping mempromosi penBORNEO sebagai destinasi pilihan untuk membuat kajian dan penyelidikan.

Projek Sejarah Brunei Lisan, ‘Kisah-kisah dalam Kenangan’ yang diusahakan oleh Dr. Maslin bersama pelajar-pelajarnya di UBD itu melibatkan usaha mengumpulkan cerita daripada orang-orang perseorangan yang hidup semasa Perang Dunia ke-2 di Negara Brunei Darussalam (1941-1945).

Sesi ceramah dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa-mahasiswi UBD dan orang ramai yang berminat dalam pengkajian sejarah lisan.
Sesi ceramah dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa-mahasiswi UBD dan orang ramai yang berminat dalam pengkajian sejarah lisan.
Dr. Maslin ketika menyampaikan ceramahnya.
Dr. Maslin ketika menyampaikan ceramahnya.

Justeru itu, isi ceramah mengandungi perkongsian maklumat cara-cara penyelidikan yang dilakukan, pengalaman orang tempatan sewaktu pendudukan Jepun dengan bantuan daripada tentera Australia, serta proses pendokumentasian yang menjadi rujukan kepada generasi akan datang.

Tarikan utama ceramah adalah video rakaman temu ramah informan-informan yang turut dimainkan bagi memberi peluang kepada para hadiran menyaksikan sendiri hasil penemuan projek yang bakal menjadi catatan penting buat para pengkaji sejarah.

Dr. Maslin memberitahu, jerayawara akan diadakan di keempat-empat daerah di masa akan datang sebagai lanjutan daripada kejayaan projek.

ARTIKEL YANG SAMA