Kongsi ilmu perisikan perniagaan

Kongsi ilmu perisikan perniagaan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Sebagai usaha perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi, BAG Networks telah menjadi tuan rumah bagi Bengkel Perisikan Perniagaan (BI) yang diadakan di Bangunan Rekaan dan Teknologi, Anggerek Desa, pagi tadi.

Seramai 20 orang mewakili sektor swasta yang terdiri daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Petroleum Brunei, Gleaneagles JPMC, LLRC dan NIAT dijemput untuk menyertai bengkel tersebut.

Hadir bagi mengendalikan bengkel ialah Perunding Teknikal BAG Networks dan Pakar Perisikan Perniagaan, Chandana Athauda.

Beliau yang juga merupakan pakar Microsoft Brunei antara lain berkata, terdapat permintaan besar terhadap pemahaman berdasarkan data, yang mana semakin mereka mendalami data itu, organisasi mereka akan lebih berkemungkinan untuk berjaya.

Chandana Athauda semasa menyampaikan bengkel di Bangunan Rekaan dan Teknologi.
Chandana Athauda semasa menyampaikan bengkel di Bangunan Rekaan dan Teknologi.
Antara peserta-peserta bengkel yang hadir.
Antara peserta-peserta bengkel yang hadir.

Bengkel itu bertujuan untuk mengetahui bagaimana perisikan perniagaan boleh membantu memacu kejayaan sesebuah organisasi dalam persekitaran yang kompetitif.

Melalui bengkel itu juga, BAG Networks dapat membantu para peserta dengan Pelaksanaan Pelan Cadangan Perisikan Perniagaan dan juga menawarkan cadangan khusus untuk organisasi mereka yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA