Kongsi kaedah pencegahan jenayah dari berleluasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Balai Polis Limau Manis, baru-baru ini, telah mengadakan perjumpaan di antara pegawai penguasa Balai Polis Limau Manis bersama ketua-ketua kampung di bawah Mukim Pengkalan Batu bagi Suku Tahun Pertama 2017 bagi membincangkan isu-isu berbangkit dan cabaran-cabaran yang dihadapi di kampung-kampung tersebut.

Hadir mempengerusikan perjumpaan di Bilik Gerakan Balai Polis Limau Manis tersebut ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Kanan Polis Abdul Sahrimin bin Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Mohd Faizal Iswandy bin Ali Othman. Manakala itu, ketua-ketua kampung yang hadir ialah Ketua Kampung Limau Manis, Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari; Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Haji Tahir bin Haji Tarip; Ketua Kampung Junjungan, Haji Tahir bin Haji Jaya; Ketua Kampung Masin, Awang Moksin bin Haji Kamis; Ketua Kampung Pengkalan Batu, Haji Kahar bin Haji Tinggal; Ketua Kampung Wasan, Awang Mat Noor bin Ma’arof dan Ketua Kampung Panchor Murai, Haji Matassan bin Haji Salleh.

Antara agenda di dalam perjumpaan tersebut adalah perkongsian statistik tahunan dan kaedah untuk mengawal jenayah di kampung-kampung tersebut serta nasihat mengenai beberapa langkah pencegahan jenayah yang boleh dilakukan.

Dengan adanya perjumpaan seumpamanya, ia diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak polis bersama dengan masyarakat melalui penglibatan kampung-kampung di dalam pengawasan kejiranan.

Antara yang menghadiri perjumpaan tersebut.
Antara yang menghadiri perjumpaan tersebut.