Kongsi kegembiraan menyambut 1 Syawal

Kongsi kegembiraan menyambut 1 Syawal

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Yusrin Junaidi, Anwar Rosly dan Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya dan bahang kemeriahan 1 Syawal, yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, semakin terasa dengan umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut hari kemenangan itu.

Namun dalam kesibukan itu, anak-anak yatim, warga emas dan mereka yang kurang bernasib baik tidak dilupakan, dengan pelbagai pihak di negara ini terus menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka membuat persiapan meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kegembiraan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah antara yang tidak ketinggalan meraikan seramai 60 orang anak yatim warga bomba dari keempat-empat daerah dengan majlis penyampaian sumbangan dan bersungkai bersama-sama yang diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah, di Dewan Serba Guna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman. Turut hadir ialah para pegawai kanan dan kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat serta para jemputan lain.

Suasana tatkala berlangsungnya majlis penyampaian sumbangan derma oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk anak-anak yatim warga jabatan tersebut dari keempat-empat daerah.
Suasana tatkala berlangsungnya majlis penyampaian sumbangan derma oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk anak-anak yatim warga jabatan tersebut dari keempat-empat daerah.

pg04_150714_b

Rombongan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.
Rombongan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima.

Manakala itu, rombongan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, hari ini, telah mengunjungi tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan di Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei-Muara bagi menghulurkan sumbanagn menerusi Program Ta’awun sempena bulan Ramadan 1436 Hijrah.

Mengetuai rombongan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Abd. Rahman Haji Nawi.

Destinasi pertama yang dikunjungi ialah rumah Dayang Alus Haji Badar, 62. Beliau bergantung sepenuhnya kepada elaun pencen tua dan menyara tujuh orang anak dan lima orang cucu.

Kemudian rombongan ke beredar ke rumah Awang Mohd. Kamarul Shah Abdul Hamid, 44. Beliau bekerja sebagai seorang buruh dan menerima bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi menanggung isteri dan empat orang anaknya yang masih bersekolah.

Rombongan berkenaan kemudiannya ke rumah keluarga ketiga iaitu Hajah Kandis, 66. Beliau yang tidak mempunyai pendapatan tinggal bersama dua orang anak dan empat orang cucu.

Program Ta’awun ini merupakan program bantuan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kebajikan Jabatan Perkembangan Kurikulum sejak empat tahun lalu dengan tujuan untuk mendidik warga jabatan mengamalkan sikap rajin bersedekah, pemedulian, prihatin, tolong menolong serta sayang menyayangi sesama insan terutamanya kepada golongan yang memerlukan sama ada terdiri daripada warga jabatan ataupun masyarakat awam.

Sumbangan derma berupa wang tunai dan barang-barang keperluan harian adalah hasil kutipan yang dihulurkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkembangan Kurikulum.

Sementara itu, Jawatankuasa Anak-anak Muda Persatuan IKERAB Kampung Bunut Perpindahan, turut mengadakan majlis penyampaian derma kepada seramai 60 orang anak yatim daripada 20 keluarga di kampung berkenaan serta ahli-ahli Persatuan IKERAB Kamung Bunut Perpindahan.

Salah satu keluarga anak yatim menerima sumbangan derma kewangan daripada Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Halus.
Salah satu keluarga anak yatim menerima sumbangan derma kewangan daripada Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Halus.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma ialah Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Halus.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Bunut Perpindahan, Haji Durahim bin Duraman, para jemputan terdiri daripada anak-anak muda Kampung Bunut Perpindahan serta isteri masing-masing serta sebahagian penduduk sekitarnya.

Pengerusi majlis, Pengiran Haji Wahab bin Pengiran Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan pada tahun ini jumlah derma terkumpul adalah sebanyak $13,380 yang telah diagihkan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Di majlis itu juga diselajurkan dengan penyampaian derma kilat mangsa ribut kepada salah seorang penduduk kampung berkenaan, Haji Abdul Rahim bin Haji Raup, yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Pengiran Dato Paduka Kolonel (B) Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu.

Majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh salah seorang belia Kampung Bunut Perpindahan, Awang Mohd Nazri bin Haji Karim, dan ceramah bertajuk “Syurga Firdaus” yang disampaikan oleh beliawanis kampung berkenaan, Dayang Siti Anisah binti Haji Osman.

Salah seorang warga menerima derma kilat angin ribut daripada Pengiran Dato Paduka Kolonel (B) Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu.
Salah seorang warga menerima derma kilat angin ribut daripada Pengiran Dato Paduka Kolonel (B) Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu.
Haji Adnan menyampaikan sumbangan derma dari SKH Supermarket kepada anak-anak yatim yang diraikan.
Haji Adnan menyampaikan sumbangan derma dari SKH Supermarket kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Di Daerah Tutong, kira-kira 500 anak yatim menerima sumbangan berupa baucar membeli-belah pada majlis penyampaian derma yang berlangsung di Halim Plaza, Tutong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan SKH Supermarket, Lee Chiap Kiang serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Sumbangan derma yang dihulurkan oleh Lee Chiap Kiang dan keluarga itu adalah berupa baucar membeli-belah SKH Supermarket yang diharap dapat digunakan oleh anak-anak yatim untuk membeli-belah bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di Daerah Belait pula, Jabatan Daerah Belait dengan kerjasama ketua-ketua kampung di daerah berkenaan serta ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK), hari ini, telah mengadakan Pengagihan Sumbangan Makanan Asasi kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan melalui Tabung Amal Daerah Belait.

Sebanyak 13 keluarga menerima sumbangan beras wangi, tepung, minyak makan, garam, gula, teh dan kopi, susu pekat manis, kicap, air sirap dan biskut tin.

Sumbangan diserahkan melalui ketua-ketua kampung dengan bantuan ahli-ahli MPK masing-masing dan pengagihan tersebut dilakukan secara serentak di seluruh kampung di Daerah Belait.

Salah sebuah keluarga penerima bantuan sumbangan derma menerima sumbangan mereka daripada Penghulu Mukim Seria.
Salah sebuah keluarga penerima bantuan sumbangan derma menerima sumbangan mereka daripada Penghulu Mukim Seria.
Awang Muhammad Yussuf menerima sumbangan derma daripada ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan dan Penghulu Mukim Seria.
Awang Muhammad Yussuf menerima sumbangan derma daripada ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan dan Penghulu Mukim Seria.

Salah seorang penerima bantuan tersebut ialah Awang Muhammad Yussuf bin Momin, seorang pesara berumur 77 tahun yang tinggal di Jalan Taripas Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panaga 2000, Seria.

Semasa ditemui, beliau menyatakan perasaan terima kasih kepada Jabatan Daerah Belait yang telah banyak membantu keluarganya di saat-saat memerlukan sambil menambah bahawa sumbangan tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Keluarga Awang Muhammad Yussuf menerima sumbangan tersebut daripada Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap pada majlis yang turut disaksikan oleh Ketua Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong Tiga Selatan, Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Jabatan Daerah Belait bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan sebilangan penduduk Daerah Belait yang memerlukan bantuan sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan Tabung Amal Daerah Belait.

Jabatan Daerah Belait mengharapkan agar inisiatif ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pemimpin akar umbi dengan masyarakat setempat yang tinggal di kawasan mereka masing-masing.

Manakala itu, seramai 15 orang anak yatim kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menerima sumbangan derma pada Majlis Khatam Al-Quran jabatan berkenaan yang berlangsung di Dewan Persidangan, Kuala Belait.

Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada anak-anak yatim serta ibu tunggal dari kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada anak-anak yatim serta ibu tunggal dari kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Majlis khatam yang diadakan sebelum acara penyerahan sumbangan derma di dewan persidangan Kuala Belait.
Majlis khatam yang diadakan sebelum acara penyerahan sumbangan derma di dewan persidangan Kuala Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Haji Mohd Yussof bin Dulamin.

Turut hadir di acara itu juga ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Sarih Bin Tabong.

Majlis yang diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan memperbanyakkan pembacaan Al-Quran itu disertai oleh 40 orang kakitangan jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Team Rawshot & Unplan Crew Photography, baru-baru ini, menunjukkan keprihatinan mereka kepada golongan warga emas dan keluarga susah yang memerlukan bantuan, dengan mengadakan projek amal menghulurkan bantuan barangan keperluan asas dalam bentuk makanan, minuman dan pakaian.

Dua keluarga golongan warga emas dan keluarga susah yang memerlukan bantuan menerima sumbangan daripada rombongan Team Rawshot & Unplan Crew Photography, baru-baru ini.
Dua keluarga golongan warga emas dan keluarga susah yang memerlukan bantuan menerima sumbangan daripada rombongan Team Rawshot & Unplan Crew Photography, baru-baru ini.

Aktiviti berkebajikan itu menyasarkan beberapa buah keluarga yang menjadi mangsa angin ribut baru-baru ini.

Salah seorang mangsa yang rumahnya turut mengalami kerosakan dengan bahagian bumbung diterbangkan angin ialah Awang Hamran bin Bakar.

Menurut beliau, mereka sudah tinggal di rumah tersebut sejak 30 tahun lalu dengan hanya menggunakan generator pada sebelah malam.

ARTIKEL YANG SAMA