Kongsi kemeriahan bersama warga Pusat Bahagia

Kongsi kemeriahan bersama warga Pusat Bahagia

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Dalam mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan berkongsi kemeriahan dalam bulan Syawal ini, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), hari ini, menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama pelatih Pusat Bahagia di keempat-empat daerah.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sumbangsih Mulia, Beribi itu turut menjemput residen Kompleks Rumah Kebajikan dalam sama-sama meraikan kegembiraan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman dan dihadiri sama ketua-ketua jabatan dan pengarah-pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta pegawai-pegawai kanan di JAPEM.

Di majlis itu, Datin Paduka Hajah Adina turut menyampaikan sumbangan derma kepada seramai 266 pelatih Pusat Bahagia dan 46 residen Kompleks Rumah Kebajikan.

Salah seorang pelatih Pusat Bahagia menerima sumbangan daripada Datin Paduka Hajah Adina.
Salah seorang pelatih Pusat Bahagia menerima sumbangan daripada Datin Paduka Hajah Adina.
Persembahan daripada pelatih Pusat Bahagia memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Persembahan daripada pelatih Pusat Bahagia memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

p12-3_20150814 p12-4_20150814

Majlis kemudian diserikan dengan beberapa persembahan daripada pelatih pusat dan residen kompleks yang diteruskan dengan majlis ramah mesra Datin Paduka Hajah Adina bersama pelatih dan residen serta ibu bapa dan penjaga mereka.

Majlis ramah mesra ini merupakan aktiviti tahunan anjuran KKBS yang dikelolakan oleh JAPEM.

ARTIKEL YANG SAMA