Kongsi kepentingan solat

Kongsi kepentingan solat

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Azrol Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Jawatankuasa Keagamaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2016, hari ini, telah menganjurkan ceramah keagamaan sempena Sambutan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk berkongsi pengetahuan akan pentingnya sembahyang.

Lebih 100 orang pensyarah dan mahasiswa UBD menghadiri ceramah itu dan antara yang menghadiri ceramah itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah binti Pengiran Othman.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Naib Canselor UBD, Dayang Rubiah binti Haji Yacub.

Majlis keagamaan yang berlangsung di Dewan Senat, dewan Canselor UBD itu menjemput Imam Masjid UBD, Haji Jufri bin Haji Hidup untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Solat Kunci Syurga’ yang antara lain menggariskan sembahyang adalah kunci syurga dan menekankan kepentingan ibadah sembahyang bagi setiap orang Islam yang merangkumi setiap aspek kehidupan berkeluarga.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah turut menghadiri ceramah.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah dan Pengiran Seti Aminah turut menghadiri ceramah.

among those that attended the lecture yesterday

Beliau turut menekankan, dengan adanya sembahyang dalam diri, akan terselamat mereka di dunia dan di akhirat kerana ia merangkumi semua persoalan ibadah.

Menurutnya lagi, sembahyang jika ia hanya diniatkan sebagai pekerjaan akan menjadikan sembahyang paling susah tapi jika ia diniatkan ‘ubudiyah’ iaitu menuntut perintah Allah, ia akan dilakukan dengan rela atas dasar tanggungjawab.

ARTIKEL YANG SAMA