Kongsi pelaburan di Australia

Kongsi pelaburan di Australia

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Bagi memberi peluang kepada para pelabur dan mereka yang ingin bermastautin di Australia, Inspire Living telah menganjurkan taklimat hartanah dan migrasi dengan memperkenalkan sebuah kawasan membangun antara Sydney dan Tasik Coburg.

Taklimat di Hotel Radisson yang bermula sejak kelmarin bersama Konsultan Australia Property and Development (APAD), Jenny Neoh, telah menyampaikan maklumat mengenai hartanah di Australia, pengurusan hartanah, pencukaian dan perkhidmatan migrasi bagi membantu pelabur membina portfolio pembangunan hartanah mereka.

Mark Anderson wakil dari Future Estate turut menyampaikan potensi Coburg yang pesat membangun menjadi sebuah bandaraya yang menarik dikelilingi bandar utara yang dihubungkan dengan Melbourne.

CBD juga mudah diakses menggunakan tram nombor 19, melintasi Universiti Melbourne di Royal Parade.

Jenny Neoh menyampaikan maklumat mengenai hartanah, pengurusan hartanah, pencukaian dan perkhidmatan migrasi.
Jenny Neoh menyampaikan maklumat mengenai hartanah, pengurusan hartanah, pencukaian dan perkhidmatan migrasi.

Menurut beliau, One Coburg Quarter terdiri daripada 148 unit pangsapuri dengan satu bilik tidur bernilai AUD367,000 dan pangsapuri dengan dua bilik tidur pula berharga dari AUD533,000.

Taman di atas bumbung turut dibina bagi memudahkan para penduduk dan rakan-rakan mereka mengadakan pertemuan serta berkongsi pandangan. Pameran yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 5 petang dengan kemasukan percuma itu juga merangkumi tayangan video, jamuan ringan dan sesi soal jawab.

Untuk keterangan lanjut mengenai hartanah ini, awda boleh melayari www.inspirebrunei.com atau facebook di ‘Inspire Living Brunei’.

ARTIKEL YANG SAMA