Kongsi pengalaman Oxbridge

Kongsi pengalaman Oxbridge

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Sept – Bagi memudahkan para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang berprestij dan terkemuka di United Kingdom nanti, Unit Perkembangan Pendidikan (EDU), Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah mengadakan sesi perkongsian Oxbridge di Bilik Persidangan, PTE Tutong, hari ini.

Sesi perkongsian itu dikendalikan oleh Ketua EDU, Charles Lim yang turut dihadiri oleh Penolong Guru EDU, Onn Chee Sheng.

Onn Chee Sheng yang juga merupakan bekas Pelajar Universiti Oxford, berkata dengan adanya sesi perkongsian ini, ia akan dapat membantu para pelajar khususnya Pelajar PTE Tutong untuk merebut peluang terbaik daripada kerajaan dan cuba memohon Oxbridge demi masa hadapan pelajar itu sendiri.

Tambahnya lagi, para pelajar yang bakal memohon Oxbridge itu nanti akan dapat bersedia lebih awal dalam ujian dan temu bual mengikut bakat dan keperluan mereka.

Hadir sama berkongsi pengalaman pada sesi itu ialah penerima biasiswa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan bekas mahasiswa Universiti Oxford iaitu Khong Yu Neng bekas pelajar sesi Tahun 2011/2012, Awang Nasruddin bin Haji Sulaiman (2012/2013), Batrisyia Sukarneva (2012/2013) dan Goh Boon Khai (2014/2015),

Pada sesi itu, mereka menceritakan pengalaman dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar Tahun 12 dan Tahun 13 PTE Tutong serta proses-proses untuk memohon Oxbridge dan berkongsi persediaan soalan-soalan temu duga yang bakal dihadapi nanti.

ARTIKEL YANG SAMA