Kongsi peratu...

Kongsi peraturan memulakan perniagaan

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Bagi mengongsi peraturan dan tatacara memulakan perniagaan dalam bidang pemakanan, Darussalam Enterprise (DARe) telah mengadakan sesi dialog bertajuk ‘How to Start a Business – Food Industries’, bersama dengan para usahawan tempatan yang terbabit dalam perniagaan makanan.

Lebih 90 orang peniaga makanan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan juga agensi kerajaan serta swasta hadir pada sesi dialog yang berlangsung di Auditorium, Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa.

Hadir pada sesi dialog itu ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Javed Ahmad.

Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin yang turut menghadiri sesi dialog tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Mohd Yasmin yang turut menghadiri sesi dialog tersebut.

Sesi dialog diisikan dengan penerangan daripada pegawai kewangan/penolong pendaftar Bahagian Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, pegawai pemakanan dari Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), ketua Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan juga taklimat dari Bahagian Perkhidmatan Makmal Saintifik yang menyentuh mengenai isu berkaitan keselamatan makanan dan tatacara permohonan.

Ia juga bertujuan mengambil kira maklum balas yang sering dikemukakan oleh para pengusaha kepada pihak DARe melalui Business Help Desk (BHD) di Pusat Sokongan Perniagaan (BSC) dan memberi peluang kepada bakal pengusaha dan juga pengusaha yang berpotensi berkongsi pandangan dan cadangan.

ARTIKEL YANG SAMA