Kongsi teknik kejurulatihan unggul

Kongsi teknik kejurulatihan unggul

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Jurulatih-jurulatih renang berpengalaman dari Australia, Joanne Love dan Haydn Belshaw kini berada di Brunei sejak kelmarin untuk mengukuhkan dan membina kemahiran jurulatih-jurulatih renang di Brunei.

Hari ini mereka bekerjasama dengan 14 orang jurulatih berpengalaman dari seluruh Brunei dan Labuan untuk membina kemahiran mereka melatih para pelajar pada peringkat kompetitif.

Menurut kenyataan di sini, Joanne dan Haydn yang kedua-duanya telah melatih para perenang sehingga meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan mempunyai pengalaman terhadap nasihat teori dan praktikal untuk dikongsikan kepada para peserta.

Bengkel itu juga memuaskan keperluan latihan praktikal Persatuan Jurulatih dan Guru Renang (ASCTA) ‘Guru bagi Renang Kompetitif’, bermakna para peserta kini mempunyai pilihan untuk menukar aktiviti itu menjadi kelayakan antarabangsa yang diiktiraf.

Joanne Love ketika mengendalikan bengkel tersebut.
Joanne Love ketika mengendalikan bengkel tersebut.

Kedua-dua jurulatih itu berada di Brunei dari 25 hingga 29 April sebagai tetamu Suruhanjaya Tinggi Australia, dengan kerjasama Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB). Lawatan mereka akan diakhiri dengan hari latihan skuad dan Hari Gala di Kolam Renang ISB pada 28 dan 29 April.

ARTIKEL YANG SAMA