Kongsi teknik pengajaran berenang

Kongsi teknik pengajaran berenang

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Jurulatih-jurulatih renang berpengalaman dari Australia, Joanne Love dan Haydn Belshaw, hari ini, meneruskan lagi lawatan mereka di negara ini dengan mengadakan bengkel ‘Teknik Pengajaran Belajar Berenang’ yang diadakan di Kolam Renang Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Bengkel seharian itu telah disertai oleh lebih 40 orang guru-guru sekolah daripada pihak kerajaan dan swasta.Kedua-dua jurulatih ini telah berada di Negara Brunei sejak 25 April untuk mengukuhkan dan membina kemahiran jurulatih-jurulatih renang di negara ini.

Joanne dan Haydan yang kedua-duanya telah melatih para pemenang sehingga meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan mempunyai pengalaman terhadap nasihat teori dan praktikal untuk dikongsikan kepada para peserta.

Jurulatih Haydn hari ini meneruskan lagi latihan yang telah diadakan kelmarin bersama dengan 14 orang jurulatih berpengalaman dari seluruh Brunei dan Labuan untuk membina dan meningkatkan lagi kemahiran mereka bagi melatih pelajar-pelajar di peringkat yang lebih mencabar.

Kedua-dua jurulatih ini akan berada di Brunei dari 25 sehingga 29 April ini sebgai tetamu Suruhanjaya Tinggi Australia dengan kerjasama ISB. Lawatan mereka nanti akan diakhiri dengan hari latihan skuad dan Hari Gala di Kolam Renang ISB pada 28 dan 29 April ini.

Joanne Love semasa mengendalikan bengkel tersebut.
Joanne Love semasa mengendalikan bengkel tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA