Kongsi tip berguna hadapi PSR

Kongsi tip berguna hadapi PSR

Oleh Noraniza Md Sani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada bulan Oktober, Sekolah Seri Mulia Sarjana cawangan Jangsak telah mengadakan sesi ceramah motivasi khusus untuk murid-murid Tahun 6 sekolah berkenaan.

Ceramah disampaikan oleh dua penceramah jemputan daripada Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Haniza binti Abdullah (sesi pagi) dan Pengiran Hamiosmera bin Pengiran Haji Othman (sesi petang).

Kedua-dua penceramah telah mengongsikan tip-tip yang berguna untuk diamalkan oleh setiap pelajar, antaranya membuat persediaan awal dan memberi tumpuan 100 peratus semasa pembelajaran dan rajin mengulang kaji untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Antara strategi pembelajaran yang disarankan ialah pembelajaran secara berkumpulan yang mana kaedah ini sangat berkesan dan pada masa yang sama dapat memupuk sikap kerjasama dan prihatin sesama sendiri.

Antara para pelajar yang mengikuti sesi ceramah motivasi khusus untuk pelajar Tahun 6.
Antara para pelajar yang mengikuti sesi ceramah motivasi khusus untuk pelajar Tahun 6.
Penceramah jemputan ketika mengongsikan tip untuk diamalkan oleh setiap pelajar.
Penceramah jemputan ketika mengongsikan tip untuk diamalkan oleh setiap pelajar.

Penceramah turut menekankan tentang pentingnya membuat jadual belajar agar dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka sekali gus dapat membanggakan ibu bapa.

Sesi ceramah motivasi ini diharap dapat memberi dorongan dan inspirasi kepada para pelajar agar mereka belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan cemerlang dalam PSR yang bakal menjelang.

ARTIKEL YANG SAMA