Kongsisama pengajaran kelas pra

Kongsisama pengajaran kelas pra

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Feb – Bagi menarik minat murid-murid terhadap pelajaran, Jawatankuasa Guru-guru Ugama Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam cawangan Daerah Tutong telah mengadakan satu Program Kongsisama Teknik Pengajaran PRA khusus bagi guru-guru yang mengajar kelas pra pada tahun ini.

Program bertujuan melahirkan guru-guru yang berdaya saing daripada segi fizikal, mental dan kerohanian dalam menghadapi kehidupan seharian,selain menambah dan memperbanyakkan teknik serta kaedah yang sesuai dalam pengajaran darjah pra.

Seramai 43 orang pengajar kelas pra dari 29 buah sekolah-sekolah ugama telah terpilih untuk mengikuti program itu di Sekolah Ugama Kupang, Tutong.

Hadir di bengkel itu ialah Pengerusi Program Kongsisama Teknik Pengajaran PRA.
Hadir di bengkel itu ialah Pengerusi Program Kongsisama Teknik Pengajaran PRA.
Program Kongsisama dijalankan oleh guru yang berpengalaman.
Program Kongsisama dijalankan oleh guru yang berpengalaman.

Program dua hari ini sehingga 1 Mac telah dimudahcarakan oleh tiga orang tenaga pengajar berpengalaman mengajar kelas pra di sekolah agama iaitu, Dayang Noraidah binti Haji Said, Dayang Norliza binti Abdullah dan Dayang Majeedatul Nadirah binti Haji Abdul Majis.

Turut hadir di bengkel pagi tadi ialah Pengerusi Program Kongsisama Teknik Pengajaran PRA, Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Abu Bakar.

ARTIKEL YANG SAMA