Konica sertai Persidangan Penyelesaian Inovatif

Konica sertai Persidangan Penyelesaian Inovatif

SINGAPURA, 9 Nov (Bernama) – Konica Minolta Business Solutions Asia, peneraju dalam penyelesaian dan teknologi pengurusan dokumen maju, akan mengambil bahagian pada persidangan Minggu Penyumberan Luar dan Perkhidmatan Perkongsian Asia Ke-18.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata penyertaan berkenaan merupakan kali kedua syarikat mengambil bahagian sejak 2014.

Persidangan yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Nov, 2015 di MAX Atria Singapore Expo itu akan menampilkan bakat utama daripada organisasi utama untuk berkongsi perkembangan teknologi terkini dan amalan terbaik dalam industri.

Konica Minolta berkata syarikat akan mempamerkan Penyelesaian Pengurusan Dokumen pada acara berkenaan.

“Penyelesaian berkenaan akan membolehkan organisasi merakam dokumen dalam format elektronik dan menyimpannya di rangkaian atau awan bagi pekerjanya mengakses hampir hampir serta-merta,” katanya.

Pengurus Besarnya Jonathan Yeo, berkata persidangan berkenaan yang membantu syarikat mencapai transformasi digital dan ketangkasan operasi, juga akan memberi peluang besar untuk membentangkan penyelesaian pengurusan dokumen integratif yang membolehkan pengguna bekerjasama dan menginovasi proses organisasi secara berkesan, selamat dan mampan.

“Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang yang baik untuk mempelajari tentang perkembangan dan trend terkini yang akan memberi kesan kepada industri kami dengan ketara,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA