Konsep dekorasi Eropah beri sentuhan elegan

BIJAK menyusun atur dan memanfaatkan ruang terhad mampu untuk mewujudkan suasana selesa dan elegan pada ruang kediaman.

Dekorasi yang menekankan konsep moden Eropah dengan menampilkan cita rasa pemilihan perabot berlainan setentunya dapat mewujudkan suasana kemas dan sangat elegan.

Tambahan lagi, apabila sesebuah ruang itu dilengkapi dengan langsir putih yang nipis dan jarang bersama dengan corak bunga pada bahagian tingkap serta pintu setentunya dapat membangkitkan suasana moden Eropah di situ.

Susun atur dan pemilihan perabot dalam sesebuah ruangan adalah penting bagi menghidupkan mood sebagaimana yang ditampilkan pada dua kerusi lengan dengan fabrik baldu berwarna merah.

Turut tersemat indah yang turut berjaya menghidupkan suasana sesebuah ruangan adalah lampu candelier bersaiz kecil yang bukan sahaja berpadanan dengan keseluruhan hiasan malah menambahkan lagi seri suasana.

Sudut di hujung ruang tamu dipenuhi dengan perabot kayu sepadan dengan dinding dengan kemasan kertas dinding yang bercorak.
Sudut di hujung ruang tamu dipenuhi dengan perabot kayu sepadan dengan dinding dengan kemasan kertas dinding yang bercorak.

Ruang tamu turut wajar diberi perhatian yang teliti dan setiap inci dan sudut serta ruang itu diatur dengan baik menjadikan suasana bukan hanya sedap mata memandang tapi lebih praktikal.

Penggunaan cermin adalah penting terutama bagi sesebuah ruangan kecil memandangkan ia boleh mencipta sebuah ruang yang kelihatan lebih luas. Namun seperkara yang wajar ditanamkan oleh setiap pemilik rumah adalah untuk memastikan bahawa sesebuah ruang itu akan kelihatan lebih indah sekiranya ia berada dalam keadaan lapang dan tidak sesak.

Sudut tengah pula sesebuah ruang tamu pula sesuai untuk diletakkan sofa tiga tempat duduk bersama ottoman yang sesuai dijadikan sebagai ruang untuk menonton televisyen.

Di hujung ruang tamu pula pemilik meletakkan kerusi lengan bersama almari hiasan dan dilengkap dengan bunga orkid bagi menambah kesegaran pada sudut berkenaan.

Menyentuh mengenai pemilihan warna sudut pula, putih atau pastel wajar menjadi warna pilihan utama memandangkan warna-warna terang seperti itu dapat mewujudkan keadaan ruang yang lebih luas dan lapang.