Konsep SUV bayangan Audi X6

Konsep SUV bayangan Audi X6

INGOLSTADT, Jerman, 3 Sept (dpa) – Audi akan mempamerkan konsep kereta coupe SUV berkuasa elektrik baru semasa Pameran Kereta Frankfurt bulan ini iaitu 19 hingga 27 September yang akan memberi idea mengenai X6 baru dan semua kenderaan elektrik pacuan empat roda tidak lama lagi bagi 2018.

Dalam terma saiz, E-tron Quattro yang anggun akan dipamerkan dalam slot antara Q5 dan Q7.

Ia menggunakan tiga motor elektrik, setiap satunya yang akan memacu roda belakang, dengan yang ketiga ditempatkan dalam kotak gear. Kuasa daripada sumber bateri litium-ion yang dipasang rendah pada rangka adalah untuk meningkatkan pusat graviti.

Audi kelihatannya berhasrat untuk mengalihkan perhatian para pelanggannya daripada kenderaan pacuan empat roda Tesla yang akan datang, yang tidak akan didedahkan di Frankfurt namun akan dipamerkan pada bulan September.

Menurut warta Autobild, Jerman, seramai 20,000 pelanggan sudah pun menandatangani untuk membeli kereta daripada pengeluar California. Ia bercirikan pintu belakang yang menarik perhatian.

Audi mengatakan E-Tron akan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 500km yang dipadankan dengan prestasi daripada 500 atau lebih kuasa kuda.

ARTIKEL YANG SAMA