Konsert Amal Roots and Wings 17 Sept ini

Konsert Amal Roots and Wings 17 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Fitness Zone dengan kerjasama La Vida, akan mengadakan Konsert Amal Roots and Wings pada 17 September ini untuk mempersembahkan bakat-bakat perintis muda yang menarik di negara ini bertujuan untuk mengutip derma bagi dua badan amal iaitu Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dan La Vida.

Konsert amal tajaan Syarikat Boustead itu akan melibatkan persembahan-persembahan dari Fitness Zone Ballerinas dan penari-penari kontemporari, artis tempatan seperti Maria Koh, Relentless Brunei, atlet-atlet SOBD dan penuntut-penuntut dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Mereka pada masa ini sedang menjalani latihan di bawah bimbingan pengarah konsert, Marietta Del Mar-Tsen.

Chris Carvalho, yang juga salah seorang ahli jawatankuasa konsert juga akan membuat persembahan untuk orang ramai.

Antara perintis muda yang akan mengadakan persembahan pada 17 September ini.
Antara perintis muda yang akan mengadakan persembahan pada 17 September ini.

Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun dalam satu kenyataan berkata, para tenaga pengajar sememangnya bersedia dalam melatih mereka yang membuat persembahan, terutamanya penari balet muda dan Olimpik Khas bagi memastikan mereka bukan hanya mempamerkan persembahan terbaik, tetapi juga dapat menghiburkan serta menjadi kenangan kepada kanak-kanak dan penonton.

Tiket-tiket bagi konsert tersebut boleh diperoleh di cawangan-cawangan Fitness Zone, Boustead, dan Pejabat La Vida.

Semua kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal berkenaan bagi membantu membiayai aktiviti-aktiviti mereka.

ARTIKEL YANG SAMA