Konsert ‘Music Fest’ gilap bakat pelajar

Konsert ‘Music Fest’ gilap bakat pelajar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Lebih 150 pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) hari ini telah menghadiri Konsert ‘Music Fest’ yang berlangsung di Auditorium Maktab Duli, Gadong, hari ini.

Hadir menyaksikan konsert itu ialah Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim serta timbalan-timbalan pengetua, pegawai dan kakitangan serta guru-guru Maktab Duli.

‘Music Fest’ anjuran Persatuan Muzik Maktab Duli (MDMS) itu merupakan salah satu aktiviti hujung tahun sempena cuti sekolah tidak lama lagi.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu telah menampilkan sebanyak 26 persembahan muzik kontemporari yang menarik dan bertujuan untuk menampilkan bakat-bakat pelajar tempatan.

Jualan tiket melalui konsert ini akan diberikan kepada MDMS bagi membiayai peralatan muzik dan juga untuk kegunaan bagi acara-acara pada masa akan datang.

Hajah Monaliza bersama guru-guru dan pelajar Maktab Duli ketika menghadiri Konsert ‘Music Fest’ di maktab berkenaan.
Hajah Monaliza bersama guru-guru dan pelajar Maktab Duli ketika menghadiri Konsert ‘Music Fest’ di maktab berkenaan.
Para pelajar yang turut memeriahkan Konsert ‘Music Fest’ di Auditorium Maktab Duli.
Para pelajar yang turut memeriahkan Konsert ‘Music Fest’ di Auditorium Maktab Duli.
Antara salah seorang pelajar yang membuat persembahan muzik kontemporari pada konsert itu.
Antara salah seorang pelajar yang membuat persembahan muzik kontemporari pada konsert itu.

ARTIKEL YANG SAMA