Konservatif Greece pilih Mitsotakis

Konservatif Greece pilih Mitsotakis

ATHENS, 11 Jan (Reuters) – Konservatif Greece telah memilih Kyriakos Mitsotakis sebagai pemimpin baru mereka semalam, dengan berharap beliau boleh mengembalikan kekayaan mereka dan mencabar Perdana Menteri berhaluan kiri Alexis Tsipras, yang masih popular meskipun memilih penjimatan.

Parti konservatif New Democracy berusaha untuk pulih dari kekalahan teruk pilihan raya pada September, apabila rakyat Greece memilih semula parti Tsipras, iaitu Parti Syriza di tengah kawalan modal ke atas deposit bank dan jaminan ketiga yang ketat dengan peminjam asing negara itu.

Mitsotakis, ahli undangan reformis berusia 47 tahun dan keturunan salah seorang keluarga paling berpengaruh di Greece, dijangka meningkatkan tekanan ke atas Tsipras, 41 tahun, sebelum pengundian genting parlimen ke atas reformasi pencen, sebagai sebahagian kajian pertama program jaminan Greece.

Mitostakis di tempat kedua selepas Vangelis Meimarakis dalam pusingan pertama pengundian kepimpinan parti pada 20 Disember, dicabar oleh empat calon, dan mendahului dalam pusingan terakhir semalam dengan 51 peratus undi dengan kebanyakan undi dihitung.

“Bersatu, kami mengorak langkah ke hadapan ke arah memberi nafas baru kreatif dan perluasan parti, supaya New Democracy menjadi parti besar berhaluan sederhana yang akan memberi alternatif boleh dipercayai bagi kepimpinan negara,” katanya apabila telah jelas kemenangannya.

Mitsotakis melambai ke arah para penyokongnya di Athens. - Reuters
Mitsotakis melambai ke arah para penyokongnya di Athens. – Reuters

New Democracy telah memimpin Greece bersendirian dari tahun 2004 hingga 2009 tetapi telah menyaksikan popularitinya berkurang ketika krisis hutang.

Parti itu tewas dalam pengundian pada Januari lalu yang kali pertama membawa Tsiprasi kepada pucuk pimpinan dan kedua pada bulan September,

Bekas pengurus bank yang telah menjadi pengkritik amalan kesatuan perdagangan dan pembaziran kerajaan, Mitsotakis menggelarkan Tsipras ‘pembohong’ tetapi juga membayangkan bahawa dia boleh bekerjasama dengannya berhubung isu negara dengan syarat tertentu.

Ayahnya, Constantinos pernah menjadi perdana menteri dari tahun 1990 hingga 1993 dan kakaknya, Dora Bakoyianni, adalah menteri luar dari tahun 2006 hingga 2009.

Meimarakis, seorang veteran politik, mengambil alih sebagai ketua parti sementara pada Julai dari bekas perdana menteri Antonis Samaras, yang meletak jawatan dalam respons terhadap undi ‘Tidak’ dalam referendum berhubung syarat jaminan ketiga antarabangsa bagi Greece.

Tetapi dia meletak jawatan dalam bulan November, mengambil tanggung jawab bagi pengundian tidak sempurna untuk memilih ketua parti yang baru.