Konservatif tertinggi Iran kehilangan kerusi pada badan utama

Konservatif tertinggi Iran kehilangan kerusi pada badan utama

TEHRAN, 29 Feb (AFP) – Dua pengikut ayatollah yang berhaluan keras, Mohammad Yazdi dan Mohammad Taghi Mesbah-Yazdi, kehilangan kerusi dalam badan tertinggi Iran, keputusan dari pilihan raya minggu lalu mengesahkan hari ini.

Gabungan reformis itu dibentuk bagi menyokong Presiden Hassan Rouhani yang mengadakan kempen menentang Yazdi, pengerusi Perhimpunan Pakar yang akan bersara, dan Mesbah-Yazdi, seorang penentang bagi reformis.

Tetapi konservatif ketiga, Ahmad Jannati, yang disasarkan oleh gabungan pro Rouhani, mengekalkan kerusinya dalam perhimpunan itu, jawatankuasa yang berkuasa yang menyelia tugasan ketua tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, televisyen negara melaporkan.

Jannati, yang mempengerusikan Majlis Pengawal yang didominasi konservatif yang perlu mengesahkan keputusan pilihan raya Jumaat lalu bagi perhimpunan dan parlimen, berada di kedudukan ke 16 di Tehran, mendapatkan kerusi ke 16 perhimpunan ibu negara itu. Pengesahan keputusan tidak dijangka dalam masa beberapa hari.

Pilihan raya bagi 88 ahli Perhimpunan Pakar adalah penting kerana ia akan memilih pengganti Khamenei apabila dia meninggal dunia ketika penggal lapan tahunnya. Rouhani di tempat ketiga dalam undian bagi perhimpunan di Tehran dan sekutu utamanya, bekas presiden Ayatollah Akbar Hashemi Rafsanjani di tempat pertama.

Perebutan bagi Perhimpunan Pakar menyaksikan penguasaan dari konservatif terkenal dari campur tangan asing dan sebahagian mendakwa Rouhani –Rafsanjani berada dalam ‘senarai British’.

Semalam ia semakin jelas bahawa Yazdi dan Mesbah – Yazdi keghilangan kerusi bagi ketua hakim negara, Ayatollah Sadegh Larijani yang menyokong dakwaan itu. Reformis berkesan dengan cawangan –cawangan media AS dan Inggeris ketika undian, dakwa Larijani.